PAKK Daerah Kluang

PAKK Daerah Kluang

19 September 2009

Selamat Hari Raya

Pihak pengurusan PAKK Kluang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menyambutnya...

14 September 2009

Tugas Penyelia

     1.  Program
    • Merancang dan menyediakan program bulanan dan tahunan di PAKK
    • Menentukan pelaksanaan program mengikut jadual yang disediakan
    •  Menyelia pelaksanaan program dan aktiviti oleh kakitangan dan sukarelawan yang lain
         2.  Keselamatan
    • Menentukan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak di dalam dan di luar PAKK
    • Menentukan semua peralatan dan permainan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan memastikan ianya di simpan semula apabila selesai digunakan
        3.  Rekod
    • Menyediakan dan menyelenggara buku pendaftaran kanak-kanak
    • Menyediakan buku pelawat bagi VIP dan ahli jawatankuasa dan jika terdapat sebarang komen, hendaklah dibawa ke mesyuarat
    • Menyediakan senarai inventori bagi semua harta PAKK
    • Mengawal penggunaan radio, TV dan komputer

    Tugas Fasilitator PAKK

    • Menjalankan hebahan kepada masyarakat setempat, agensi kerajaan, swasta dan NGO mengenai PAKK
    • Bertanggungjawab merancang segala aktiviti yang bersesuaian bagi kanak-kanak di PAKK 
    • Berusaha mendapatkan pembiayaan dari sektor korporat, swasta dan individu sebagai dana bagi menjalankan program atau aktiviti PAKK
    • Bertanggungjawab memberi maklumat kepada komuniti setempat berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program PAKK
    • Bekerjasama dengan Jawatankuasa PPKK, agensi kerajaan, swasta, sektor korporat, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan di PAKK
    • Bertanggungjawab menyediakan laporan bulanan PAKK
    • Bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan PAKK

    Peranan PAKK

    • Tempat perlindungan - menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
    • Pusat Advokasi - mengadakan ceramah atau kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak
    • Pusat Sumber - menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kanak-kanak
    • Pusat Pembelajaran - menyediakan kelas-kelas bimbingan, kelas komputer, kelas agama, pidato dan sebagainya
    • Pusat Intervensi Krisis - menyediakan khidmat kaunseling
    • Pusat Sosial, Sukan dan Rekreasi - menyediakan kemudahan untuk bersukan, bersosial dan sebagainya 

    Tanggungjawab PAKK

    • Membentangkan laporan PAKK di dalam Mesyuarat PPKK
    • Mesyuarat PAKK sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
    • Menubuhkan biro-biro seperti Biro Pendidikan, Sukan dan Kebajikan, Kebudayaan dan sebagainya untuk melicinkan aktiviti dan program PAKK
    • Merangka program dan aktiviti tahunan PAKK
    • Mengenalpasti kes-kes yang berisiko tinggi dan terdedah kepada masalah sosial
    • Melaksanakan program-program untuk memperkenalkan PAKK kepada masyarakat
    • Bertanggungjawab untuk mengikuti kursus atau seminar yang dapat meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan, pengendalian serta penanan PAKK ke arah memantapkan dan memajukan PAKK
    • Bertanggungjawab untuk meningkatkan sumber kewangan PAKK

    Keanggotaan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak

    • Terdiri daripada jawatankuasa kecil yang dilantik oleh PPKK yang terdiri daripada tidak kurang 7 orang dan tidak melebihi 15 orang
    • Keahlian PAKK boleh membawa masuk ke atasnya mana-mana individu atau orang yang aktif dan memberi komitmen yang tinggi di dalam menjalankan aktiviti atau program di PAKK

    Objektif PAKK

    • Menganjurkan program dan perkhidmaatn sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak atau keluarga teraniaya.
    • Menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.
    • Mengadakan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berisiko tinggi.

    Mengenai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak

    • Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) merupakan usaha yang menyeluruh dan bersistematik serta berkesan dalam usaha mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
    • PAKK merupakan program atau perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)
    • PAKK mula ditubuhkan pada tahun 1991.
    • Apabila Akta Kanak-Kanak digubal, maka akta terdahulu (Akta Mahkamah Juvana, Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991) di gabungkan menjadi Akta Kanak-Kanak 2001.

    Kem Remaja Sejahtera

    Tarikh    : 30-31 Januari 2009
    Tempat  : Tasik Mardi, Kluang
    Peserta  : 30 Orang
    Anjuran : PKMD Kluang, Pejabat Agama Daerah Kluang, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
                      dan JKKD Kluang



    Majlis Penyampaian Bungkusan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

    Majlis Penyampaian Bungkusan Oleh Sultanah Johor

    Pakk Kluang

    Kelas Smart Reader

    Tarikh    : Setiap Ahad
    Masa     : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
    Peserta  : 10 Orang
    Tempat : PAKK Kluang
    Anjuran : PAKK Kluang


    Kelas Tuisyen BI

    Tarikh    : Setiap Sabtu
    Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang
    Peserta  : 10 Orang
    Tempat  : PAKK Kluang
    Anjuran : PAKK Kluang


    Kelas Intensif Bahasa Inggeris

    Tarikh    : Setiap Jumaat
    Masa     : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
    Tempat  : PAKK Kluang
    Anjuran : PAKK Kluang











    Pertandingan Zapin PAKK Sempena Hari Bertemu Pelanggan KPWKM Negeri Johor

    Tarikh        : 26 Julai 2009
    Tempat      : Perkarangan Stadium Muar
    Peserta       : 8 Orang
    Acara         : Pertandingan Zapin, Poco-poco dan Karaoke
    Pencapaian : Naib Johan (Zapin, Poco-poco dan Karaoke)
    Anjuran      : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan 
                          Kebajikan Masyarakat Negeri Johor