PAKK Daerah Kluang

19 September 2009
Selamat Hari Raya
Pihak pengurusan PAKK Kluang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menyambutnya...
14 September 2009
Tugas Penyelia
1. Program
- Merancang dan menyediakan program bulanan dan tahunan di PAKK
- Menentukan pelaksanaan program mengikut jadual yang disediakan
- Menyelia pelaksanaan program dan aktiviti oleh kakitangan dan sukarelawan yang lain
- Menentukan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak di dalam dan di luar PAKK
- Menentukan semua peralatan dan permainan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan memastikan ianya di simpan semula apabila selesai digunakan
- Menyediakan dan menyelenggara buku pendaftaran kanak-kanak
- Menyediakan buku pelawat bagi VIP dan ahli jawatankuasa dan jika terdapat sebarang komen, hendaklah dibawa ke mesyuarat
- Menyediakan senarai inventori bagi semua harta PAKK
- Mengawal penggunaan radio, TV dan komputer
Tugas Fasilitator PAKK
- Menjalankan hebahan kepada masyarakat setempat, agensi kerajaan, swasta dan NGO mengenai PAKK
- Bertanggungjawab merancang segala aktiviti yang bersesuaian bagi kanak-kanak di PAKK
- Berusaha mendapatkan pembiayaan dari sektor korporat, swasta dan individu sebagai dana bagi menjalankan program atau aktiviti PAKK
- Bertanggungjawab memberi maklumat kepada komuniti setempat berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program PAKK
- Bekerjasama dengan Jawatankuasa PPKK, agensi kerajaan, swasta, sektor korporat, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan di PAKK
- Bertanggungjawab menyediakan laporan bulanan PAKK
- Bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan PAKK
Peranan PAKK
- Tempat perlindungan - menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
- Pusat Advokasi - mengadakan ceramah atau kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak
- Pusat Sumber - menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kanak-kanak
- Pusat Pembelajaran - menyediakan kelas-kelas bimbingan, kelas komputer, kelas agama, pidato dan sebagainya
- Pusat Intervensi Krisis - menyediakan khidmat kaunseling
- Pusat Sosial, Sukan dan Rekreasi - menyediakan kemudahan untuk bersukan, bersosial dan sebagainya
Tanggungjawab PAKK
- Membentangkan laporan PAKK di dalam Mesyuarat PPKK
- Mesyuarat PAKK sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
- Menubuhkan biro-biro seperti Biro Pendidikan, Sukan dan Kebajikan, Kebudayaan dan sebagainya untuk melicinkan aktiviti dan program PAKK
- Merangka program dan aktiviti tahunan PAKK
- Mengenalpasti kes-kes yang berisiko tinggi dan terdedah kepada masalah sosial
- Melaksanakan program-program untuk memperkenalkan PAKK kepada masyarakat
- Bertanggungjawab untuk mengikuti kursus atau seminar yang dapat meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan, pengendalian serta penanan PAKK ke arah memantapkan dan memajukan PAKK
- Bertanggungjawab untuk meningkatkan sumber kewangan PAKK
Keanggotaan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
- Terdiri daripada jawatankuasa kecil yang dilantik oleh PPKK yang terdiri daripada tidak kurang 7 orang dan tidak melebihi 15 orang
- Keahlian PAKK boleh membawa masuk ke atasnya mana-mana individu atau orang yang aktif dan memberi komitmen yang tinggi di dalam menjalankan aktiviti atau program di PAKK
Objektif PAKK
- Menganjurkan program dan perkhidmaatn sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak atau keluarga teraniaya.
- Menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.
- Mengadakan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berisiko tinggi.
Mengenai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
- Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) merupakan usaha yang menyeluruh dan bersistematik serta berkesan dalam usaha mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
- PAKK merupakan program atau perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)
- PAKK mula ditubuhkan pada tahun 1991.
- Apabila Akta Kanak-Kanak digubal, maka akta terdahulu (Akta Mahkamah Juvana, Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991) di gabungkan menjadi Akta Kanak-Kanak 2001.
Kem Remaja Sejahtera
Tarikh : 30-31 Januari 2009
Tempat : Tasik Mardi, Kluang
Peserta : 30 Orang
Anjuran : PKMD Kluang, Pejabat Agama Daerah Kluang, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
dan JKKD Kluang
Tempat : Tasik Mardi, Kluang
Peserta : 30 Orang
Anjuran : PKMD Kluang, Pejabat Agama Daerah Kluang, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
dan JKKD Kluang
Kelas Smart Reader
Tarikh : Setiap Ahad
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Peserta : 10 Orang
Tempat : PAKK Kluang
Anjuran : PAKK Kluang
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Peserta : 10 Orang
Tempat : PAKK Kluang
Anjuran : PAKK Kluang
Kelas Tuisyen BI
Tarikh : Setiap Sabtu
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Peserta : 10 Orang
Tempat : PAKK Kluang
Anjuran : PAKK Kluang
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Peserta : 10 Orang
Tempat : PAKK Kluang
Anjuran : PAKK Kluang
Kelas Intensif Bahasa Inggeris
Tarikh : Setiap Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : PAKK Kluang
Anjuran : PAKK Kluang
Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : PAKK Kluang
Anjuran : PAKK Kluang
Pertandingan Zapin PAKK Sempena Hari Bertemu Pelanggan KPWKM Negeri Johor
Tarikh : 26 Julai 2009
Tempat : Perkarangan Stadium Muar
Peserta : 8 Orang
Acara : Pertandingan Zapin, Poco-poco dan Karaoke
Pencapaian : Naib Johan (Zapin, Poco-poco dan Karaoke)
Anjuran : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Tempat : Perkarangan Stadium Muar
Peserta : 8 Orang
Acara : Pertandingan Zapin, Poco-poco dan Karaoke
Pencapaian : Naib Johan (Zapin, Poco-poco dan Karaoke)
Anjuran : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)